Selasa, 23 September 2014

Tokoh-Tokoh Pejuang Sabah

       Assalamualaikum dan selamat datang ke blog kami, syukur ke hadrat ilahi, blog ini dapat di sediakan dengan kerjasama ahli kumpulan yang terdiri daripada empat orang ahli, iaitu IBRAHIM BIN AHAMD, JULKARNAIN BIN HAJI IDRIS, NUR ATIKAH BINTI TALIP dan SURIANI BINTI MAPPIASI, kami adalah pelajar dari Politeknik Kota Kinabalu, blog ini bertujuan untuk memenuhi prosedur pembelajaran subjek Pengajian Malaysia (DUB1012). terima kasih kepada pensayarah kami iaitu MOHD FIRDOUS BIN MOHD HALIN atas tunjuk ajar, bantuan dan nasihat daripada beliau sepanjang prosedur menyiapkan blog ini.







SYARIF OSMAN PAHLAWAN KOTA MERUDU



       Seperti daerah-daerah lain di Sabah, Kota Marudu turut melahirkan pejuang-pejuang yang berjuang untuk menegakkan keadilan serta menghalau kedatangan penjajah yang cuba untuk menguasai daerah ini sambil mengaut keuntungan hasil bumi kita yang tidak ternilai banyaknya. Mereka sanggup menggadai nyawa semata-mata untuk memastikan daerah ini tidak jatuh ke tangan penjajah dan memporak-porandakan kehidupan masyarakat pribumi.
BIODATA SYARIF

      Syariff Osman atau nama sebenarnya Syariff Osman Bin Syariff Mohamad Rum adalah seorang Ketua Wilayah atau Raja yang memerintah Marudu di antara tahun 1830 - 1845. Beliau berketurunan Bajau/Suluk dan telah diamanahkan oleh Sultan Sulu bagi mentadbir kawasan Marudu. Bapanya seorang yang berketurunan syariff atau syed dan merupakan salah seorang pembesar istana Kesultanan Sulu dan Kesultanan Brunei.

FAKTOR PENENTANGAN

Pihak British melarang Shariff Osman untuk memungut cukai di kawasan beliau sendiri iaitu kota merudu  dan penjajah menganggu ketenteraman kehidupan seharian penduduk kota Merudu.


KRONOLOGI PERJUANGAN    

 Kehadiran penjajah di Borneo Utara khususnya di Teluk Marudu telah mengganggu-gugat amalan kehidupan masyarakat setempat di daerah ini. Perbuatan penjajah tersebut menyebabkan timbul rasa tidak senang di hati Syarif Osman lantas melakukan beberapa serangan ke atas kapal dagang penjajah. Siri serangan yang dilakukan oleh beliau menimbulkan kemarahan penjajah lantas melakukan tindak balas dengan bantuan Rajah Putih Sarawak, James Brooke.

Penjajah telah mencatatkan dalam sejarah bahawa Syarif Osman adalah seorang ketua lanun dan pemberontak di Teluk Marudu sekitar
1890-1895. Catatan itu membuat penduduk yang tinggal di daerah Kota Marudu tidak berpuas hati kerana setelah negara ini merdeka, mereka menyedari bahawa penentangan Syarif Osman itu sesuatu yang murni, yang tidak difahami oleh masyarakat setempat masa itu. Perjuangan beliau telah menjadi dorongan ke arah kelahiran semangat kebangsaan ia itu inginkan kebebasan dari kuasa kulit putih, penjajah Inggeris.

Syarif Osman yang berkubu di muara sungai Marudu telah diserang oleh satu angkatan kapal perang Inggeris yang diketuai oleh Kapten Mundy. Pertempuran itu menyaksikan kehancuran kubu pertahanan Sharif Osman, sekaligus beliau turut terbunuh. Pengikut-pengikut Sharif Osman yang berundur dari kubu itu sempat membawa jenazah Syarif Osman untuk dikebumikan di luar dari kawasan kubu itu. Kini, kawasan kubu dan tanah perkuburan Syarif Osman itu telah menjadi satu tanda sejarah di daerah Kota Marudu. Manakala isteri Syarif Osman, Dayang Cahaya dan beberapa orang pengikut setia dikatakan melarikan diri ke Sugud menggunakan jalan darat melalui beberapa perkampungan iaitu kampung Tandek dan kampung Botition.

Kejatuhan Syarif Osman di Teluk Marudu dalam usahanya menentang kuasa Penjajah tidak berakhir di situ sahaja.. Selepas itu muncul beberapa lagi pejuang tempatan dalam kalangan kaum Dusun seperti Si Gunting, Rindongon dan Kulindod dan lain-lain untuk menentang kuasa Inggeris. Bagaimanapun, kesemuanya mereka gugur sebagai bunga bangsa , kecuali Si Gunting yang telah berdamai dengan Inggeris.

SI GUNTING


Berbangsa dusun mumus dan berasal dari kampong sorinsim di kaki gunung tembuyukan. Kemarahan si Gunting bermula apabila cukai yang tinggi dikenakan kepada masyarakat Dusun.
     Kemarahan beliau bertambah dengan cerita seorang penjajah menjalinkan hubungan dengan seorang gadis Dusun di kampung Timbang Batu tanpa mengikut adat istiadat nikah kahwin masyarakat Dusun.
     Tindakan sedemikian merupakan satu pencabulan yang mencemarkan kesucian adat istiadat kaum Dusun.
       Beberapa siri serangan dilakukan oleh Si Gunting untuk menghalau penjajah. Tetapi, pasukan SiGunting bukanlah sebuah pasukan tentera yang lengkap bersenjata. Tindakannya tidak mampu melemahkan kekuasaan penjajah.
      Selepas serangan terhadap penjajah, Si Gunting menjadi buruan yang dikehendaki. Namun kelicikan dan kepintaran Si Gunting menyebabkan penjajah tidak dapat menangkap beliau.
     Akhirnya pihak penjajah mengambil keputusan untuk berdamai dengan Si Gunting. Si Gunting menetap di Kg.Sorinsim,Matak Parak sehingga akhir hayatnya.




PANGLIM ALI

Panglima Alli atau nama sebenarnya Ali Imam Abbas Sani berbangsa Bajau subetnik Ubian dari Pulau Sulug, Jesselton yang turut terbunuh dalam tragedi hitam itu.

   Panglima Alli dilahirkan pada
1884 adalah anak ketiga daripada 12 beradik serta dianugerahkan gelaran Panglima oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBUB) kerana keberanian beliau menentang Kempeitai (perisik tentera Jepun)

PANGLIMA Alli berjuang menentang penjajah untuk memartabat maruah bangsa yang menjadi hamba di bumi sendiri, tetapi namanya tidak didendang seperti Datuk Paduka Mat Salleh, Ontoros Antanom dan Tun Datu Mustapha Datu Harun.

      Kebakaran gudang getah di Pelabuhan Jesselton (kini Kota Kinabalu) pada 9 Oktober
1943 menjadi kemuncak kebencian Jepun terhadap pemimpin masyarakat Pulau Sulug itu dengan mendakwa ia angkara tokoh terbabit dan pengikutnya.

    Panglima Alli adalah seorang daripada
324 rakyat tempatan Sabah yang dibunuh secara kejam oleh Jepun di Petagas, Kota Kinabalu pada 21 Januari 1944 dan pengorbanan mereka diabadikan melalui Tugu Peringatan Petagas.

    Tentera Jepun bertindak balas dengan melancarkan operasi menjejak pejuang Bajau subetnik Ubian itu kerana tercabar dengan kebakaran gudang komoditi yang sangat penting ketika Perang Dunia Kedua pada
1941 hingga 1945.

    Tuduhan tanpa bukti itu berikutan tentangan berterusan Panglima Alli atau nama sebenarnya Ali Imam Abbas Sani dan pengikutnya terhadap Jepun terutama di Pulau Sulug dan Pulau Gaya di perairan Jesselton, selain di bandar itu.

    Panglima Alli dan pengikutnya tidak membiarkan penduduk Pulau Gaya dan Pulau Sulug menjadi korban kekejaman Jepun menyebabkan mereka enggan meninggalkan pulau itu, biarpun sedar Kempeitei (perisik tentera Jepun) akan bertindak balas.

   Tokoh itu bersama dua orang kanannya dikenali Kasil dan Sandolan akhirnya berjaya ditawan yang berpunca kelemahan senjata iaitu parang sedangkan askar Nippon menggunakan senjata api jenis mesingan.

    Panglima Alli dan pengikutnya dibunuh secara kejam di Petagas bersama anggota Gerila Kinabalu diketuai Albert Kwok yang terbabit dalam pemberontakan 10 Oktober
1943 atau `Double Ten' di Pantai Barat, Borneo Utara (kini Sabah).


DATU TATING: PEWIRA SABAH MELAWAN PENJAJAH



Sedikit sebanyak mengenai beliau:-

 beliau merupakan wira sabahan yang tidak senang dengan kehadiran British di Borneo dan Kepulauan sulu.
 Datu Tating adalah seorang datu di Raja dan berketurunan sulu. Dilahirkan di bawah Kesultanan Sulu dan latar belakang ibunya menunjukkan hubungan rapat dengan pihak kerajaan.           
    Kehadiran beliau di Pulau Balambangan mengubah hidup rakyat disana apabila beliau berjaya membekalkan jumlah pekerja yang mencukupi untuk membina benteng dan gudang.
 Tetapi, apabila John Robert muncul dan mengacukan senjata dihadapan pengikutnya, kemarahan beliau terhadap British pun bermula.
 Tindakan John Robert seolah- olah tidak menghormati bangsanya. Hal ini berlaku semasa perbincangan mengenai pembayaran gaji, kontrak gudang, pembersihan hutan dan pembinaan kubu. Sejurus itu, beliau pergi ke Pulau Banggi Dakula dan bekerjasama dengan sepupunya. Datu Tating berjaya mengumpul sebanyak 300 orang mistik dan suku Iranun untuk menyerbu British di Pulau Balambangan.
 Datu Tating adalah orang pertama yang berjuang menentang British di Pulau Balambangan. Kepahlawanan beliau boleh dilihat apabila beliau berjaya mengalahkan British dan hanya mengambil masa selama 7 Jam. Aktiviti menentang British kemudiannya mula menular di beberapa bahagian termasuklah di Tempasuk, Teluk Marudu dan Relau.

Kisah Datu Tating mungkin tidak banyak yang diketahui oleh pakar sejarah dan masyarakat. Ini mungkin kerana disebabkan persepsi sesetengah pihak yang keliru samaada beliau adalah sabahan ataupun bukan kerana beliau adalah berasal dari suku Tausug yang boleh dijumpai di Filipina.

DATU MAHARAJA LELA ATAU PAK MUSA






LATAR BELAKANG PAK MUSA 

  • Adui Unggu 
  • Musa Unggu 
  • Gelaran Datuk Maharaja lela
  • Lahir di Kampung Kusilad, Pitas pada tahun 1867
  •  Dikebumikan di satu kawasan yang kini tapak bangunan Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah
SEBAB PENENTANGAN 

  • Menjaga kesucian agama 
  • Menegakkan keadilan penduduk kampung yang di tindas
  • Mendapatkan kemerdekaan
  • Berhijrah ke Paitan pada 1908
  • Dianggap sebagai ancaman kepada pihak Jepun
  • Di isytiharkan sebagai musuh oleh pihak Jepun 







KRONOLOGI PENENTANGAN

Pahlawan  Sabah gunakan perniagaan satukan masyarakat untuk menentang Jepun.
DATUK  Maharajalela  Musa Unggu atau lebih dikenali Pak Musa diiktiraf seorang daripada pejuang kemerdekaan Sabah, tetapi tidak ramai yang tahu tokoh itu dibunuh kerana karismanya dalam bidang perniagaan pada awal abad ke-20.

Pak Musa atau nama asalnya sebelum memeluk Islam, Adui Unggu dibunuh secara kejam oleh askarJepun pada 1944 kerana ketokohannya memajukan ekonomi Orang Sungai, Kadazandusun, Brunei dan Bisaya di Membakut dan Beaufort.


  
Kaedah perniagaan digunakan mirip system koperasi iaitu pelbagai hasil tani, belantara dan haiwan buruan tokoh itu dan pengikutnya akan dikumpul, sebelum dipasarkan sehingga ke Brunei Darussalam dan Singapura.

 Kebijaksanaan pahlawan Sabah itu menyatukan masyarakat pelbagai kaum dalam bidang perniagaan menyebabkan Jepun menganggapnya ancaman kepada mereka.

Beliau dan pengikutnya diisytiharkan sebagai musuh kerana kononnya menjadi sekutu Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBUB)

Jepun menganggap Pak Musa berselindung di sebalik perniagaan yang ditaja British untuk mempengaruhi rakyat Membakut dan Beaufort supaya menyertai perjuangan SBBUB untuk mengusir mereka dari bumi Borneo Utara (kini Sabah).

Ini menyebabkan askar Nippon memburu Pak Musa dan pengikutnya, tetapi mereka enggan berundur, sebaliknya menyerang balas setiap kali masyarakat pribumi di Membakut dan Beaufort dibunuh, ditindas dan diugut penjajah.

Cucu saudaranya, Subohria Amat Tua, 83, berkata Pak Musa dilahirkan di Kampung Kusilad, Pitas di Utara Sabah pada 1867, tetapi menjadikan Paitan, Beluran dan Membakut sebagai pangkalan untuk menentang British dan Jepun.

Beliau berhijrah ke Paitan ketika usia remaja untuk menuntut ilmu persilatan dan kebatinan pada 1908.


CICIT Pak Musa, Syehriffah Tanjil mewarisi harta pusaka milik Pak Musa.
Ketika zaman penjajahan British, beliau bersama pengikutnya menyerang dan membakar Balai Polis Tanjung Nipis, Paitan untuk membela nasib masyarakat pribumi daerah itu yang menjadi mangsa kekejaman SBBUB.

Ini menyebabkan beliau menjadi buruan penjajah dan kemuncaknya dibuang daerah ke Membakut pada 1913 iaitu selepas beliau menerima tawaran British untuk berdamai dan hukuman bunuh ditukar kepada buang daerah.

Turut dibuang daerah adalah abang Pak Musa, Mondut dan adiknya Mualas Unggu serta dua sepupu mereka dikenali Kuloi dan Ulan yang diarahkan ke Membakut manakala dual agi, Serail (Klias, Beaufort) dan Unggal (Kinarut, Papar). Mondut meninggal dunia dalam perjalanan dari Petagas ke Membakut.

Subohria berkata, mangsa kekejaman penjajah itu meninggalkan kampung halaman bersama keluarga masing-masing dan belayar ke Jesselton (kini Kota Kinabalu) menggunakan kapal layar yang mereka sediakan sendiri. Pelayaran enam bulan itu tanpa pengawasan SBUB.

Selain pernah menetap di rumah Pak Musa, Subohria mendapat maklumat kepahlawanan Pak Musa daripada ibunya, Dauyah Mondut yang terbabit dalam pelayaran merentasi samudera Pitas, Kota Marudu, Kota Belud dan Tuaran.

Katanya, selain berehat, mencari bekalan makanan dan membaiki kapal layar, Pak Musa turut menjalinkan hubungan persahabatan dan membangkitkan semangat patriotism dikalangan masyarakat sepanjang lokasi persinggahan.

Beliau berkata, sebaik tiba di Jesselton, wakil Residen British membawa mereka ke Petagas, dekat Bandar itu dan menetap di sana selama tiga tahun sebelum diarahkan ke Membakut.

"Masyarakat tempatan di Membakut terutama Kadazandusun, Brunei dan Bisaya dapat menerima kehadiran Pak Musa dan mengangkatnya sebagai pemimpin mereka terutama dalam bidang perniagaan dan menuntut kemerdekaan," katanya.

Subohria berkata, Pak Musa sering bertapa di lubang batu di kenali `wasai' yang kini masih wujud di kawasan air terjun Pak Musa di pinggir Kampung Bambangan, kira-kira 13 kilometer dari Pekan Membakut.

"Selain mengukuh dan meningkatkan ilmu batin dan persilatan, tokoh itu turut mencari ilham untuk meningkatkan ekonomi masyarakat pribumi dan membebaskan anak watan daripada cengkaman penjajah," katanya.

Subohria masih ingat, lima perahu besar digunakan untuk mengangkut hasil dagangan Pak Musa dari Kampung Bambangan ke Pekan Membakut, sebelum diangkut menggunakan kereta api ke Kota Kinabalu atau Tenom.


Katanya, hasil dagangan dikumpul oleh pengikutnya yang diperoleh daripada sumber kebun dan belantara sekitar Membakut dan Beaufort serta rumah Pak Musa adalah pusat pengumpulan barangan berkenaan, sebelum dipasarkan.

Bagaimanapun, ketika itu `Kempetei' (perisik tentera Jepun) sering keluar masuk ke Kampung Bambangan untuk memburu Pak Musa dan pengikutnya, tetapi sebagai seorang pejuang sejati beliau akan berjuang mempertahankan rakyat.

Jepun yang menyedari, sukar untuk mengalahkan Pak Musa, menukar strategi dengan menangkap dan membunuh keluarganya. Ini menyebabkan Pak Musa membuat keputusan untuk menyerah diri.

Jepun dikatakan menyedari Pak Musa mempunyai ilmu kebal dan berusaha untuk melemahkan pahlawan Sabah itu.Akhirnya askar Nippon menerima maklumat bahawa ilmu Pak Musa akan terhakis jika memasuki kawasan bernajis. Askar Nippon kemudian memasang jerangkap samar pada sebuah lubang najis di dalam penjara.

Subohria yang menyimpan lembing digunakan Pak Musa ketika menentang Jepun dan British berkata, Pak Musa kononnya terjatuh ke dalam lubang itu menyebabkan kekebalannya hilang yang sekaligus peluang itu digunakan oleh askar Nippon untuk memancung kepalanya.

Pak Musa adalah seorang pahlawan yang bukan saja sanggup menggadai nyawa untuk menuntut kemerdekaan, tetapi berjuang memajukan ekonomi etnik pribumi yang hidup dalam kemiskinan .
            










                                        
  DATU PADUKA MAT SALLEH


Datu Mat Salleh

Datu Mat Salleh, lebih dikenali dengan mudah sebagai Mat Salleh, merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam penentangan yang hebat terhadap penjajahan British di Sabah. Beliau pernah mengisytiharkan daerah Tambunan sebagai daerah di bawah kekuasaannya.
Mat Salleh ialah anak kedua dalam sekeluarga empat adik-beradik daripada suku Βajau dan Ѕulu. Ibunya daripada suku Bajau. Abangnya bernama Ali, sedangkan adik-adiknya bernama Badin dan Bolong. Isteri Mat Salleh yang bernama Dayang Bandang berasal daripada keluarga Kesultanan Sulu dan berkampung di Pengalaban, Paitan.
Perjuangan
Datu Mohammad Salleh mengambil tugas bapanya, Datu Balu sebagai ketua kampung di daerah Lingkabo dan Sungai Sugut. Perbelanjaan pentadbiran Datu Mat Salleh adalah daripada pungutan cukai ke atas pedagang-pedagang yang melalui Sungai Sugut pada tahun 1894.
Inggeris tidak senang dengan tindakan Mat Salleh itu, lalu menyerang Mat Salleh di Jambongan serta memusnahkan kampung Mat Salleh di Sungai Sugut pada tahun 1896.
Datu Mat Salleh bagaimanapun dapat melepaskan diri. Detik perjuangan Datu Mat Salleh menentang pencerobohan dan keganasan Syarikat Berpiagam Borneo Utara bermula pada bulan Julai 1897. Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya menyerang dan membinasakan pejabat Pentadbiran Kompeni di Pulau Gaya. Dalam tahun yang sama juga Mat Salleh menyerang dan membakar Pejabat Residen Kompeni di Ambong.
Pada bulan Disember 1897, Inggeris menyerang kubu Mat Salleh di Ranau. Mereka tewas dan banyak askar Inggeris terbunuh. Seterusnya pada bulan Januari 1898, Inggeris sekali lagi menyerang kubu Mat Salleh di Ranau dengan angkatan tentera yang lebih besar.
Mat Salleh terpaksa mengundurkan diri dan membina kota pertahanan yang baru, yang lebih kuat dan kukuh di kampung Tibabar, Tambunan.
Kota utama Mat Salleh di Tambunan ini sangat sukar ditembusi. Kota ini diperbuat daripada batu-bata, kayu serta buluh tidak dapat ditembusi peluru. Setiap penjuru kota dikawal dan terdapat beberapa terowong atau jalan bawah tanah yang rahsia digunakan untuk meminta bantuan-bantuan senjata, makanan dan lain-lain dari luar kota. Jalan rahsia ini juga dijadikan jalan untuk berundur menyelamatkan diri apabila dikepung musuh.
Tidak lama kemudian, pihak Kompeni menawarkan perdamaian dan Mat Salleh bersetuju, walaupun ditentang orang-orangnya. Tetapi pada 1899, Kompeni cuba mengambil alih Tambunan daripada Mat Salleh dan menyebabkan peperangan tercetus kembali.
Dan akhirnya pada 31 Januari 1900, kota Mat Salleh tumbang akibat serangan hebat Kompeni yang berjaya mematahkan pertahanan Mat Salleh. Dan peristiwa itu menandakan gugurnya Mat Salleh sebagai pejuang bangsa.
Kini sebuah tugu dibina oleh Inggeris untuk memperingati kota Mat Salleh itu. Di tugu peringatan itu, tertulis perkataan dalam bahasa Inggeris yang bererti, 'Tugu ini menandakan tapak kubu Mat Salleh yang telah ditawan oleh Pasukan Bersenjata North Borneo Constabulary pada 1 Februari 1900. Dalam masa pertempuran itu, Mat Salleh yang telah mengetuai pemberontakan selama enam tahun menentang Pentadbiran Chartered Company menemui ajalnya'.
Pada pandangan British, Mat Salleh dianggap sebagai seorang pemberontak, tetapi pada kaca mata rakyat tempatan, dia ialah pejuang kemerdekaan dan seorang pahlawan. Bagaimanapun, terdapat sebilangan rakyat tempatan terutama di kalangan keturunan penduduk yang mempunyai sejarah pernah bertempur atau berperang dengan pihak Mat Salleh, yang tidak mengiktiraf Mat Salleh sebagai pahlawan apatah lagi pejuang kemerdekaan kerana Mat Salleh dikatakan berjuang untuk kepentingan diri dan kumpulannya sahaja dan bukan secara menyeluruh.










ANTANOM



LATAR BELAKANG

NAMA : ONTOROS ANAK LELAI ANTANOM
JAWATAN : KETUA KAUM MURUT DI RUNDUM
TARIKH LAHIR : 1875
TAHUN MULA MEMIMPIN : 30 TAHUN

FAKTOR PENENTANGAN

(ii)Faktor Penentangan
a) Melarang Membuka Tanah Baru
- SBUB melarang mereka membuka tanah baru
- merasakan hak mereka diceroboh
- akibatnya mereka kekurangan beras

b) Mengenakan Cukai Yang Membebankan
- SBUB mengenakan pelbagai cukai yang membebankan seperti;
- cukai kepala satu dollar setiap orang
- cukai tanaman pindah sebanyak 50 sen setiap ekar
- cukai sebatang pokok kelapa untuk minuman tuak sebanyak 25 sen
- cukai tangkapan ikan besar
- cukai memelihara anjing sebanyak satu dollar seekor
c) Menjadi Buruh Paksa
- orang Murut dijadikan buruh paksa
- tujuan untuk membina jalan di pedalaman dan memasang kawat telegraf antara Tenom dengan Rundum

d) Menzalimi Keluarga
- suami isteri kaum Murut dikehendaki tinggal berasingan di sebelah menyebelah tebing sungai
- mereka dikenakan satu dollar setiap kali berkunjung
- jika mereka mempunyai dua orang anak, salah seorang akan diambil SBUB untuk dijadikan buruh paksa

e) Menceroboh Kawasan Hutan
- SBUB menceroboh hutan untuk membina jalan
- Kaum Murut membantah kerana mengikut kepercayaan mereka pencerobohan akan mengganggu roh nenek moyang mereka

(iii)Peristiwa Penentangan
- Antanom menyatukan orang Murut menentang SBUB demi menebus maruah mereka
- Februari 1915 Antanom menyerang Pensiangan dan membakar bangunan kerajaan
- Mac 1915 Antanom memimpin kira-kira 600 orang Murut menyerang Rundum dan Berjaya memusnahkan pejabat pentadbiran SBUB
- kejayaan itu menaikkan semangat perjuangan orang Murut dan pengikut Antanom bertambah menjadi 900 orang
- Antanom membina kubu pertahanan di Sungai Selangit yang mengandungi 7 buah rumah bawah tanah
- April 1915 SBUB menghantar 400 orang tentera menyerang kubuAntanom
- pertempuran berlaku selama 6 minggu
- Antanom dan 400 orang Murut terkorban dalam mempertahankan Rundum
- penentangan ini dikenali sebagai ‘Kebangkitan Rundum’

(iv)Kesan Penentangan
- SBUB  mengenakan tindakan tegas terhadap pengikut Antanom
- 8 orang kanan Antanom dibuang daerah ke Kudat
- pengikut-pengikut yang lain menjadi buruh paksa memasang kawat telegraf dari Kimanis hingga ke      Keningau
- SBUB mengarahkan orang Murut bersumpah taat setia bagi mengelakkan kebangkitan seterusnya
- orang Murut berpindah kepedalaman Kalimantan sebagai tanda protes terhadap SBUB



KRONOLOGI
Sebagaimana yang tercatat dalam sejarah mengenai perjuangan Antanom menggerakkan pemberontakan Rundum menentang penjajah pada tahun 1915 yang ditulis oleh sejarawan Barat; ada fakta yang perlu dibetulkan dari segi nama sebenarnya yang memimpin pemberontakan itu. 
Menurut tradisi orang-orang Inggeris, mereka lazimnya menyebut nama keluarga daripada nama peribadi. Orang yang memimpin pemberontakan Rundum itu ialah anaknya bernama Ontoros dan bukan Antanom bapanya. Disinilah berlakunya kekeliruan fakta. Bagaimanapun, oleh kerana nama Antanom sudah terkenal dan tercatat dalam sejarah tanahair, buku yang akan terbit mengenai pemberontakan itu mengekalkan nama Antanom itu sebagai Ontoros. 
Antanom atau Ontoros dilahirkan di kawasan " Masinpunon " sungai Salarom pada tahun 1885 dan berumur dalam lingkungan 30 tahun ketika pemberontakan itu dilancarkan. 
Antanom adalah anak keturunan Suku Murut Tagol dari golongan bermartabat mengikut adat istiadat kaum murut. Dia dibesarkan dalam zaman daerah kampungnya dilanda oleh persengketaan kaum dan oleh ancaman pemburu kepala kaum Dayak dari kawasan perbatasan atau dikenali dengan istilah " Pengayau ". 
Didikan yang diterimanya ialah mengenal kehidupan rimbanya dan bermain senjata. Jiwanya dibentuk agar menjadi seorang kalawon atau pahlawan dan semangat sedia berkorban telah disemai dalam hidupnya supaya bertanggungjawab melindungi keluarga dan kaumnya. 
Orang pengecut tidak ada tempat dalam dunia rimba. Didalam keadaan persekitarannya bergolak oleh permusuhan kaum yang berpunca dari hutang darah, Antanom/Ontoros tidak ada pilihan, selain daripada berwatak keras dan berani. Jika pun dia menjadi jahat dari kacamata Inggeris, kerana tidak tunduk kepada kuasa mereka, bukanlah kerana Tuhan membentuknya menjadi orang ganas, tetapi suasana persekityarannya yang memaksa Antanom/Ontoros bertindak demikian. 
Perwatakan Antanom/Ontoros yang berbadan tegap berambut panjang itu, bila lengkap berpakaian tradisi, bercawat dengan tombak ditangan dan Pailang tersisip dipinggang, dia kelihatan gagah dan mengerunkan. Sikapnya tegas dan tenang dalam menghadapi bahaya. Bila dia telah memutuskan sesuatu, dia akan kotakan kata-katanya dan bertindak dengan penuh keazaman. 
Antanom dikagumi bukan saja kerana kehebatannya menggerakkan pemberontakan menentang Kompeni Inggeris itu, tetapi lebih kepada kewibawaannya menyatupadukan kaumnya yang ketika itu sedang dilanda sengketa dan perpecahan. Inggeris sendiri mengakui keistimewaan Antanom mendamai dan menyatupadukan suku-suku Murut yang bermusuhan itu. 
Faktor yang menyebabkan tercetusnya penentangan kaum Murut terhadap Kompeni Inggeris didorong oleh beberapa sebab yang telah terkumpul dan menjadi bara. Sejak tahun 1909 gerakan menentang Inggeris sudah dimulakan oleh kaum Murut, tetapi setelah dua orang pemimpinnya terbunuh, Linggam dan Melayak, gerakan penentangan itu terhenti buat sementera waktu. Api yang tidak menjilat batang, daun dan ranting; tidak bererti api tidak bersembunyi dibawah tanah memakan akar. 
Kemarahan dan kegelisahan kaum Murut terhadap Kompeni Inggeris berpunca dari empat perkara utama. Hak mereka dicerobohi, bila ramai daripada pedagang hasil hutan dibenarkan mengutip hasil hutan di pedalaman. Mereka dijadikan buruh paksa membina jalan denai ( Jalan Kuda ) dan merentang kawat telegraph antara Tenom ke Rundum tanpa upah. Upah yang diberikan kepada mereka sekadar rokok tembakau sahaja. Mengenakan cukai kepala, padi dan tapai juga menyumbang kepada kemarahan mereka. Semuanya ini pada pandangan mereka adalah tidak wajar. Kehidupan mereka yang merdeka dan bebas di kawasan belantara luas itu telah terganggu. 

Keadaan bertambah buruk lagi pada tahun 1910 apabila Kompeni Inggeris menghantar buat pertama kalinya seorang Pegawai Daerah Mazwell Hall, membuka setesen di Rundum, sebagai langkah menyekat kegiatan memburu kepala. 
Seramai tidak kurang 900 orang kaum Murut dari beberapa kawasan, termasuk Tenom, Keningau, Pensiangan dan perbatasan daerah Borneo Belanda, telah menyertai gerakan pemberontakan itu. Beberapa buah kubu pertahanan telah dibina di Selangit sebagai kubu induk atau digelar Silar Pinikit, diikuti oleh beberapa buah kubu lagi di Menining ulu sungai Telokoson, Kubu Liohon, Kubu Impal dan Kubu Salang. Kubu-kubu ini dibina sekitar tahun 1913 sehingga 1915 dengan paduan tenaga seluruh kaum Murut di kawasan Pedalaman. Serangan ke atas setesen Rundum merupakan serangan pramasa. Antanom/Ontoros sebenarnya tidak mahu melancarkan serangan terburu-buru, kerana banyak lagi kubu mereka belum siap dibina. 
Dalam pertempuran di kubu induk mereka, Antanom / Ontoros diperdaya dengan gencatan senjata dan niat untuk berdamai, tetapi sebaliknya mata-mata upahan Inggeris telah memenggal kepalanya. Bagaimanapun, banyak fakta yang sebenar berlaku, telah dipesongkan oleh sejarawan Barat. Kalaupun bukan dengan sengaja, niat melindungi maruah Empayar British itu tetap ada, sehingga segala fakta menjadi kabur.




TUGU PAHLAWAN ANTANOM
LATAR BELAKANG

Cadangan pengwuju dan Pusat Kebudayaan untuk kaum Murut telah diilhamkan oleh mantan Menteri Kebudayaan, Belia dan SukanNegeri Sabah ketika itu YB. Datuk Kadoh Agundong. Projek ini telah dibiayai oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sabah.Pusat Kebudayaan Murut Sabah ini terletak di Kampung Pulong kira-kira 13km daripada Pekan Tenom. Dibina diatas kawasan seluas 33 ekar.
Pusat Kebudayaan Murut Sabah ini telah beroperasi sejak 01 Januari 1997 dibawah Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dan berfungsi untuk:
·         Pengurusan dan Pentadbiran
·         Pusat Pameran yang merangkumi aspek kehidupan, sejarah dan perkembangan budaya bangsa Murut
·         Pementasan kebudayaan
·         Tempat mesyuarat/seminar/bengkel

RANCANGAN MASA DEPAN

Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah mempunyai 4 bahagian kegiatan untuk dilaksanakan:
1.      Bahagian Pembangunan dan Penggalakan Kebudayaan
2.      Bahagian Balai Seni Lukis Sabah
3.      Bahagian Pendidikan dan Pengembangan Kesenian
4.      Kakitangan Pusat Kebudayaan Murut Sabah Tenom
Pusat Kebudayaan ini telah dirasmi kanpada 30 April 1997 oleh YB.Datuk Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan Negeri Sabah.

KEBUDAYAAN

Daerah Tenom yang majoritinya terdiri dari suku Kaum Murut yang kaya dengan kebudayaannya. Pakaian yang berwarna warni kepada tarian kebudayaan yang unik. Di Tenom terdapat beberapa suku Kaum Murut iaitu suku MurutTagol yang menetap dan tinggal di kawasan Kemabong, Tomani dan Rundum manakala suku Kaum Murut Timugon tinggal atau menetap berhampiran dengan kawasan pekan  dan di Mukim Melalap, MandalomEntabuan.
Tarian Lumigo dan Ansayau kebiasaannya ditarikan semasa menyambut tetamu. Selain daripada itu, terdapat juga tarian daripada suku kaum yang lain seperti Kadazan/Dusun, Lundayeh Cina. Pelawat akan berpeluang untuk menyaksikan tarian-tarian ini terutamanya sekali pada musim Perayaan Pesta Kaamatan.

KRAFTANGAN

Tenom juga terkenal dengan hasilan kraftangan dengan corak yang unik dan menarik serta mempunyai makna yang tersendiri. Kraftangan ini hanya boleh di dapati melalui tempahan.

TUGU PAHLAWAN ANTANOM

Sebagai memperingati pahlawan Antanom, sebuah Tugu Peringatan telah didirikan berhampiran dengan Hotel Tenom. Keluasan  tapak kawasan ini seluas 0.75 ekar. Kos dibiayai oleh Kerajaan Negeri Sabah. Disamping tugu juga dibina Taman Rekreasi dan Pusat Penerangan Sejarah berhampiran dengan tugu tersebut.
      


9 ulasan:

  1. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Syukur alhamdulillah dan saya berada terpanggil untuk memberikan pandangan dan klu berkenaan dengan seorang pejuang bangsa dusun menentang penjajah british. Sigunting.

    Nama panggilan sebenar beliau ialah SOBUNTING dikalangan masyarakat dusun, namun sebahagian lagi senang memanggilnya sebagai SOGUNTING sementara askar upahan british yang terdiri daripada bangsa Gurka dan British sendiri memanggil beliau sebagai SiGunting. Walau apa sekalipun, itulah sebenarnya SOBUNTING yang akhirnya menjadikan Gunung Tombuyukon sebagai saksi keperwiraannya bersama empat lagi yang terdiri daripada kalangan kerabat beliau sendiri.

    Antara mereka yang di ceritakan oleh ayah saya sendiri ialah:-

    1. SOBUNTING ketua
    2. RINDONGON/RINDINGAN
    3. KULINDOD
    4. TAKAD
    5. saya dah lupa

    NERATIF LOKASI PERTAHANAN

    1. Satu perkampungan dipanggil LOMPOYOU sekarang terletak diantara kg.Toruntungon dan kg. Pinawantai di daerah Ranau.

    2. GAPUI sekarang lokasi ini terletak diantara kg. Toruntungon dan kg. Monggis.

    3. SURUN SURUN. Lokasi sekarang terletak di sempadan daerah kg. Malangkap Kota Marudu dan kg. Monggis Ranau.

    4. KOMUNING. Kawasan strategik yang menghubung tiga daerah, Ranau, Kota Marudu dan Kota Belud.

    5. KUALA SORINSIM dan KANAROM laluan singkat terus ke Kota Belud tanpa melalui Tandek dan Timbang Batu.

    6. DOHUBANG. Lokasi terletak diantara Kg Kias, kg. Bambangan dan kg. Malangkap Kota Belud. Inilah lokasi pertahanan SOBUNTING yang terakhir sebelum akhirnya membuka kota dan pertahanan besar besaran di Gunung Tombuyukon.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kenapa tiada sejarah tentang raja ismail dan anaknya sultan setebuk yang berbangsa irranun yang bertapak di tempasuk kota belud?

      Padam
    2. Ya...Raja Ismail pahlawan Sabah yang mahir dengan situasi perairan yang mana mereka berpenempatan di Sungai Tempasuk yang sangat sukar untuk dimasuki melainkan pelaut yang mahir. Raja Ismail ini lah yang tertulis dalam sejarah yang telah dipanggil oleh Sultan Mahmud Shah untuk membantunya menyerang pihak Belanda di Johor.
      Kemahiran laut yang dikuasai memberikan mereka kemenangan ke atas pihak Belanda. Namun Raja Ismail terbunuh dalam peperangan dan anak-anaknya berpecah membawa haluan masing-masing setelah itu.

      Padam
  2. Hye..cuma nak tambah sikit info

    Kenapa tidak masukkan sejarah Raja basi beliau juga yang telah membantu mat salleh menentang British di sabah. beliau seorang yang berbangsa rungus iaitu ketua kepada suku kaum rungus di kudat bahagian motunggung beliau juga telah membina sesebuah kampung yang bernama dompirit di situ lah tempat anak" Dan cucu cicit raja basi menetap ..tapi dalam sejarah kenapa tiada satu ayat pun yang menyebutkan tentang hal ni..penyelamat Dan pejuang yang telah menentang jajahan British harus lay kita ingat penulis pun sendiri lupa macam mama sejarah macam tullah juga isinya..sebagai seseorang yang berbangsa rungus saya mesti suarakan sejarah ini..;)

    BalasPadam
  3. assalammualaikum saya sedang mencari sejarah tentang pelawan datuk saya yang bernama kopit bin limbungan dan saya hendak tahu latar belakang datuk saya...

    BalasPadam
  4. Assalammualaikum sy brasal Dr sugut tolong tlng cri sejarah pahlawan yg brasal Dr sugut..

    BalasPadam